KehidupaN SeoRang PelajAr
Saturday, September 22, 2012 ? 0 Komen
Rasanya lama dah tak update blog. Maklumlah sibuk dah sebenarnya. Sekarang dah final year jurusan kejuruteraan, sibuk dengan projek akhir yang memerlukan setiap minggu kena ade progress dalam projek (supervisor tegas). So banyak kena berusaha lagi-lagi bila tajuk tu kena hasilkan barang yang betul-betul kena 90 peratus dicipta sendiri memandangkan projek yang saya buat masih tiada dipasaran.
Oh ye, terima kasih buat adik saya,ika,(http://spmcandidate95.blogspot.com/) yang telah menambahbaik rupa blog ini secara percuma. Yezzzaaa..haha..
Bila bercakap soal belajar ni mesti ramai yang tahu situasi belajar macam mana. Masa saya belajar di sekolah menengah dulu, bila tamat je SPM, saya rasa, "wow,aku dah tak kan menjejakkan kaki sekolah dan telah tamat penyeksaan ini.seronok gila". Memang itulah apa yang saya rasa. Dan memori yang saya ingat di sekolah, hanyalah rakan-rakan yang owsem. Sampai macam tu sekali. Sekejap je masa berlalu, dan sekarang sudah hampir 6 tahun saya meninggalkan dunia persekolahan. Kenangan dengan kawan-kawan, yang buat saya rindukan sekolah. Tapi persoalan paling tak seronok bila sekolah adalah, sepanjang 11 tahun di alam persekolahan, perjalanan hidup yang seterusnya hanya ditentukan dengan peperiksaan SPM yang hanya memakan masa tak sampai sebulan. Tak fair pada saya. kenapa saya kata macam tu?buat adik-adik kat luar yang ambil SPM, nanti korang tahu la kenapa saya cakap macam tu bila dah habis belajar. Nak mohon mana-mana pakai SPM. Kalau lingkup, perjalanan hidup korang yang seterusnya agak sukar sikit bila nak bangkit semula dari kegagalan.
Sebagai student dekat IPT selama 5 tahun setengah, saya ada banyak pengalaman yang boleh dikongsi. Ada 3 perkara wajib yang kebanyakan student IPT akan buat :
- Main Facebook +on9 je
- Tidur tanpa mengira malam dan siang
- borak dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia
3 perkara sunat:
- Main game
- jalan- jalan
- bersukan
dan last sekali baru buat assignment dan projek..haha..benda ni ikut keadaan seseorang. Saya cuma bagi contoh berdasarkan dunia pelajar jurusan kejuruteraan. kalau jurusan lain tak sure. lagipun ramai je pelajar yang sangat bagus, boleh fokus dalam pelajaran. dan biasanya budak perempuan. Tahniah..belajar di ipt sgt seronok. Jadi target la untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. walaupun makin lama makin susah, itu sudah adat beljar. Jangan putus asa. yang penting kita kena ada matlamat, visi dan misi hidup plus dengan doa dan tawakal, insyallah berjaya. Buat pelajar-pelajar PMR dan SPM, plz do ur best. jangan duk pk enjoy je. Anda masih ada banyak masa untuk enjoy di kemudian hari. enjoy dalam hidup ni, biar dia konsisten. maksudnya kita enjoy sikit je, tapi selalu pun takpe. jangan enjoy je sampai 5-9 bulan, pastu last minit baru nak bukak buku, last2 ms depan lingkup,lepas tu dah takde lah enjoy dalam hidup korang. pikir-pikirlah. jangan buat keputusan yang merugikan diri. orang lain tak rugi kalau anda tak belajar,anda tak da masa depan. yang rugi anda sendiri!
TIpS Untuk Beli LapTop
Friday, August 31, 2012 ? 0 Komen
Anda Ingin Beli Sebuah Laptop?Tapi Tak tahu cara macam mana nak memilih laptop? Saya akan kongsikan serba sedikit cara-cara memilih laptop. Berikut perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih laptop.
1. Anda kena tahu laptop anda akan digunakan untuk apa. Sekiranya laptop anda lebih kepada hanya ingin menaip, presentation, laptop biasa tanpa graphic card sudah cukup. Tapi jika anda ingin bermain game ataupun membuat kerja yang menggunakan software lukisan 3D, RAM dan graphic card yang tinggi diperlukan lebih-lebih lagi jika game tersebut mempunyai gambar yg cantik dan detail yang tinggi. Contoh seperti game battlefield3,company of heroes,resident evil, memerlukan graphic yang tinggi.
2.CPU/Processor : Cpu atau processor sesebuah laptop amat memainkan peranan yang tinggi. Processor menentukan sejauh mana kerja-kerja yang dilakukan dalam laptop akan berjalan dengan cepat atau pun perlahan. Contoh processor adalah pentium 4, intel core duo, intel core 2 duo, intel core i3, intel core i5 dan intel core i7. buat masa ini, ini adalah processor yang kita biasa dengar di pasaran Malaysia untuk intel. Ada jugak yang menggunakan AMD. Tapi saya menggalakkan anda menggunakan intel dari AMD. Kerana mengikut kata pensyarah saya, intel adalah processor yg sangat stabil berbanding AMD. AMD ada masa dia akan sangat-sangat stabil tapi prestasinya akan menurun apabila usia laptop semakin lama. Jika anda perasan laptop akan ade tulis 2.0GHz, 2.4Ghz, itu adalah contoh speed pada processor. maksudnya berapa kepantasan data itu diproses dalam masa satu kitaran. 2.4Ghz bermaksud 2.4G akan diproses dalam masa 1 saat. Intel core i 7 adalah yang paling laju untuk laptop dipasaran malaysia buat masa sekarang. Kelajuan i5 lagi tinggi dari i 3 dan begitulah seterusnya.
3.RAM : ram jugak menentukan berapa kelajuan sesebuah aplikasi atau software dalam laptop dapat dibuka. RAM yang sekarang kita dengar dipasaran adalah DDR 2 dan DDR 3 bergantung kepada model laptop. Ada laptop menggunakan DDR 2 ada yang menggunakan DDR 3 dan macam-macam jenis lagi. RAM jugak mengikut saiz. Ada yang saiznya 1GB, 2GB, 4GB dan 8GB. Kebiasaannya apa yang saya nampak sekiranya RAM tersebut sudah tidak digunakan dalam latest technology pada sesebuah laptop dipasaran, maka harganya akan naik. Contoh DDR2 semasa saya beli dulu harga baru lingkungan 60/70 untuk 1Gb tapi sekarang sudah pun mencecah seratus ke atas disebabkan DDR2 sudah jarang digunakan pada laptop dipasaran.
4.Hardisk : Hardisk ni mcm pendrive konsep dia. Semakin besar hardisk semakin banyak data, maklumat, video, lagu dan apa pun kita boleh simpan. Kebiasaan hardisk laptop sekarang bersaiz 500Gb ke 750Gb.
5.Graphic card : untuk penggemar permainan game komputer graphic card penting. graphic card jugak lebih kurang macam RAM. Ada 250mb, 500mb, 1Gb, 2Gb dan lain-lain. Dia ada saiz dan jenis. Kalau anda mahukan graphic yang lawa nvidia geforce adalah pilihan terbaik. tapi jika anda inginkan kelajuan melebihi daripada detail sesuatu graphic card, ATI sudah mencukupi. kerana NVIDIA dia slow sikit, tp gambar cantik dan dia cepat panas.
6.windows : kalau nak beli laptop kena pastikan windows apa yang digunakan. Windows yang terbaik buat masa ini saya cadangkan windows 7. Sebab windows 7 dikatakan lebih baik dari XP. tapi Vista amat-amat tidak digalakkan. kerana sangat slow dan memberatkan laptop anda.
itulah serba sedikit perkara-perkara paling penting untuk anda tahu laptop apa yang anda nak beli. Jadi pilih lah dengan bijak. Jangan beli yang mahal tapi mahal hanya sebab DESIGN dan JENAMA. Seringkali saya terjumpa mereka yang tak tahu pasal laptop terutama pakcik/makcik atau sesapa pun yang tidak tahu pasal laptop, memilih laptop tersebut tanpa memikirkan kualiti dan kegunaan dan hanya memandang kepada DESIGN dan JENAMA. Jika anda hanya memilih disebabkan dua perkara ini, ANDA SUDAH BUAT PILIHAN YANG SALAH!..
Battery Man
Thursday, August 30, 2012 ? 0 Komen
BAttery Man (Slavisa Pajkic)
Korang pernah dengar tak pasal battery man?hah, bagi yang tak pernah dengar mesti tertanya tanya apa itu bateri man.. Nama dia Slavisa Pajkic dari Serbia Pozarevac. Dia ni ada keupayaan menjadi konduktor, pemanas dan jugak penebat (mengalirkan arus elektrik) disamping badan dia boleh cas dan nyahcas elektrik. Pelikkan? Tapi itulah kebenarannya. Dia dapat tahu keupayaan dia yang pelik ni masa umur 17 tahun. Rekod pertama dia dalam Guinness adalah pada tahun 1983 apabila dia mampu mengalirkan elektrik melalui badan dia sebanyak 20 000 volt..Perghh.. bayangkan la..kalau ikutkan dah jadi abu dah kalau kena. Tapi apa pun dia, semua yang terjadi adalah atas kekuasaan tuhan. Hebat mana pun battery man ni, dia masih manusia yang bernafas. Suatu hari nanti dia pasti mati. Tapi tuhan yang menciptakan alam ini terus kekal dan terus menunjukkan kebesaranNya supaya manusia berfikir. Jom kita layan video battery man ni.
Samsung VS Apple...
? 0 Komen
Syarikat gergasi yang mengeluarkan telefon bimbit dan tablet ini terus bersaing dan "saling berbunuhan" apabila Apple berjaya dalam samannya bernilai USD 1.05 billion kerana dikatakan meniru paten ipad Apple. Samsung menerima tamparan hebat apabila kemungkinan bukan hanya dikenakan saman malah mungkin akan melibatkan sebahagian produknya di ban..alahai..apa la nasib kan samsung..Lepas tu ade pulak "rumors" di internet, Samsung membayar 1 billion dengan 30 trak duit syiling 5 sen..mak aih..boleh buat tambak tanah tu..Refer sini.
Sebelum ini saya adalah seorang pemakai telefon bimbit sony ericson..Pertama kali saya menggunakan telefon pintar adalah tahun lepas apabila buat pertama kalinya saya membeli samsung galaxy mini. Saya amat tak suka telefon Samsung dari dulu kerana qualitinya. Tapi amat mengejutkan kerana apabila saya beli samsung, saya dapati qualiti sudah banyak diperbaiki dan melibihi nokia. Walaupun jatuh banyak kali, telefon saya masih berfungsi dengan baik. Malangnya telefon saya tu hilang dan saya telahpun bertukar ke galaxy wonder dan masih saya boleh katakan produk samsung sangat seronok digunakan. Berbanding dengan Apple, harga Apple dipasaran jauh lebih mahal menyebabkan orang yang suka gadget mcm saya terpaksa memilih produk yang mempunyai qualiti yang serupa dengan Apple tapi dalam lingkungan harga mampu milik dan Samsung ada banyak variasi produk yang berkualiti tapi harga berpatutan. Memang la dari segi mesra pengguna, Apple lagi bagus sebenarnya, tapi sebabkan den tak ada duit, jadi tak boleh buat apa la..berangan je la nampaknya.entah bila dapat bila apple..ak rasa bek aku beli "banana phone" je..huhu..
BANANA PHONE!!!!!!!lalalalalalala
Sayang lebih tinggi dari ego....
Monday, January 30, 2012 ? 0 Komen
apabila kita menyayangi seseorang, segalanya kalau boleh kita ingin lakukan yang terbaik untuk dia.Daripada luaran dan dalaman pasti kita akan jaga. Persoalannya apabila masalah melanda, gaduh, adakah kita orang yang boleh bertolak ansur, memaafkan, dan berbincang antara satu sama lain?? Jika ini perkara yang berlaku, jalan penyelesaiannya adalah saling berbincang dan membuat keputusan yang tepat. Jangan biarkan ego lebih tinggi dari sayang hingga berbincang itu menjadi sesuatu yang mustahil.P/S : sayang seseorang memerlukan pengorbanan yang tinggi
Laptop/notebook brand yang patut dibeli....
Saturday, January 28, 2012 ? 0 Komen
saya menyenaraikan top 5 brand laptop yang patut anda pilih:1. ASUS
2. DELL
3. ACER
4. HP
5. COMPAQ
kalau anda ade duit banyak.leh la angkat lap top apple.mungkin ramai tertanya nape saya letak ASUS no 1. sedangkan orang ramai beli ACER.Ini adalah pandangan saya.ACER harga memang murah and reasonable bagi mereka yang inginkan laptop dengan harga yang murah.Akan tetapi, laptop ACER biasanya cepat panas, permukaan laptop adalah gentian plastik dan daya tahannya yang rendah. Kalau compare dengan ASUS, walaupun harganya sedikit mahal, tetapi daya tahannya tinggi, permukaan laptop adalah aluminium dan laptop tidak cepat penas walaupun dalam penggunaaan yang lama.Berdasarkan pembacaan saya, ASUS menjadi laptop yang mempunyai daya tahan dan daya upaya yang lebih lama(boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama,tak mudah rosak) berbanding brand yang lain. Mungkin orang akan tanya, kenapa saya kata begitu. Sebab saya memiliki kedua dua product ini. Dan kawan-kawan saya menggunakan banyak jenis laptop. jadi kita boleh nilai mana yang ok dan yang tak ok berdasarkan observation pada laptop kawan-kawan saya di universiti yang pelbagai. Jadi pada saya beli lah ASUS..saya yakin anda tak kan menyesal. ASUS sekarang produce a good quality of laptop around the world. thank you
Macam mana nak menjaga laptop/notebook dgn baik...
? 0 Komen
Aku nak share tips macam mane nak jaga laptop dgn baikPenjagaan luar:
1.Bila gunakan laptop dengan menggunakan direct power supply dari plug dalam masa yang lama dan bukan tujuan untuk cas,pastikan cabut bateri laptop dahulu.kerana penggunaan direct power supply dan bateri dalam masa yang sama memendekkan jangka hayat bateri.
2.Jika digunakan untuk bermain game,pastikan untuk masa maksimum adalah kurang dari 5 jam.biarkan laptop anda cool down sekejap. Sebab bermain game menggunakan laptop menyebabkan laptop cepat panas.rehat sebentar dalm setgh jam.pastu smbung la balik.
3.biasa kan gune kan mouse dari menggunakan touchpad pada laptop.
4.digalakkan menggunakan external speaker.Speaker laptop memang tidak sekuat speaker bese.jadi don't assume atau meletakkan harapan yang tinggi untuk speaker laptop anda mempunyai performance yang sama dengan speaker luar. Bagi mereka yang tidak tahu,jika volume speaker laptop anda selalu pada tahap maksimum,boleh menyebabkan bunyi speaker laptop pecah.
5.kurangkan gune bateri laptop dan biasakan guna direct power supply dari plug.
6.kalau nak pasang sticker luar atau membersihkan lcd screen laptop anda,pastikan tidak menekan terlalu kuat.kenakan pergerakan tangan yg biasa tanpa sebarang pressure pada screen lcd kerana ia sensitif.jika tidak dijga,mudah rosak.
7.JANGAN pki pelindung screen lcd pada laptop.kerana mostly benda ni susah nak pasang..dan kalau salah pasang,leh rosak lcd screen.
8.JANGAN tindih laptop dgn apa2 barang dan JANGAN dedahkan pada suhu yang panas.
9.ELAK dari menggunakan alat elektronik seperti hp dekat dengan laptop.
10.pastikan apabila bateri laptop telah penuh di cas,cabut dan jgn biarkan pada direct power supply dalam ms yg sgt lama..(untuk pertama kali cas,hendaklah 8 jam.setelah tu,bila cas bateri,bila penuh,terus matikan power supply).
sekian.thank you.....









KehidupaN SeoRang PelajAr 