Bim Bum

TIpS Untuk Beli LapTop
Friday, August 31, 2012 ? 0 Komen



Anda Ingin Beli Sebuah Laptop?Tapi Tak tahu cara macam mana nak memilih laptop? Saya akan kongsikan serba sedikit cara-cara memilih laptop. Berikut perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih laptop.

1. Anda kena tahu laptop anda akan digunakan untuk apa. Sekiranya laptop anda lebih kepada hanya ingin menaip, presentation, laptop biasa tanpa graphic card sudah cukup. Tapi jika anda ingin bermain game ataupun membuat kerja yang menggunakan software lukisan 3D, RAM dan graphic card yang tinggi diperlukan lebih-lebih lagi jika game tersebut mempunyai gambar yg cantik dan detail yang tinggi. Contoh seperti game battlefield3,company of heroes,resident evil, memerlukan graphic yang tinggi.

2.CPU/Processor : Cpu atau processor sesebuah laptop amat memainkan peranan yang tinggi. Processor menentukan sejauh mana kerja-kerja yang dilakukan dalam laptop akan berjalan dengan cepat atau pun perlahan. Contoh processor adalah pentium 4, intel core duo, intel core 2 duo, intel core i3, intel core i5 dan intel core i7. buat masa ini, ini adalah processor yang kita biasa dengar di pasaran Malaysia untuk intel. Ada jugak yang menggunakan AMD. Tapi saya menggalakkan anda menggunakan intel dari AMD. Kerana mengikut kata pensyarah saya, intel adalah processor yg sangat stabil berbanding AMD. AMD ada masa dia akan sangat-sangat stabil tapi prestasinya akan menurun apabila usia laptop semakin lama. Jika anda perasan laptop akan ade tulis 2.0GHz, 2.4Ghz, itu adalah contoh speed pada processor. maksudnya berapa kepantasan data itu diproses dalam masa satu kitaran. 2.4Ghz bermaksud 2.4G akan diproses dalam masa 1 saat. Intel core i 7 adalah yang paling laju untuk laptop dipasaran malaysia buat masa sekarang. Kelajuan i5 lagi tinggi dari i 3 dan begitulah seterusnya.

3.RAM : ram jugak menentukan berapa kelajuan sesebuah aplikasi atau software dalam laptop dapat dibuka. RAM yang sekarang kita dengar dipasaran adalah DDR 2 dan DDR 3 bergantung kepada model laptop. Ada laptop menggunakan DDR 2 ada yang menggunakan DDR 3 dan macam-macam jenis lagi. RAM jugak mengikut saiz. Ada yang saiznya 1GB, 2GB, 4GB dan 8GB. Kebiasaannya apa yang saya nampak sekiranya RAM tersebut sudah tidak digunakan dalam latest technology pada sesebuah laptop dipasaran, maka harganya akan naik. Contoh DDR2 semasa saya beli dulu harga baru lingkungan 60/70 untuk 1Gb tapi sekarang sudah pun mencecah seratus ke atas disebabkan DDR2 sudah jarang digunakan pada laptop dipasaran.

4.Hardisk : Hardisk ni mcm pendrive konsep dia. Semakin besar hardisk semakin banyak data, maklumat, video, lagu dan apa pun kita boleh simpan. Kebiasaan hardisk laptop sekarang bersaiz 500Gb ke 750Gb.

5.Graphic card : untuk penggemar permainan game komputer graphic card penting. graphic card jugak lebih kurang macam RAM. Ada 250mb, 500mb, 1Gb, 2Gb dan lain-lain. Dia ada saiz dan jenis. Kalau anda mahukan graphic yang lawa nvidia geforce adalah pilihan terbaik. tapi jika anda inginkan kelajuan melebihi daripada detail sesuatu graphic card, ATI sudah mencukupi. kerana NVIDIA dia slow sikit, tp gambar cantik dan dia cepat panas.

6.windows : kalau nak beli laptop kena pastikan windows apa yang digunakan. Windows yang terbaik buat masa ini saya cadangkan windows 7. Sebab windows 7 dikatakan lebih baik dari XP. tapi Vista amat-amat tidak digalakkan. kerana sangat slow dan memberatkan laptop anda.

itulah serba sedikit perkara-perkara paling penting untuk anda tahu laptop apa yang anda nak beli. Jadi pilih lah dengan bijak. Jangan beli yang mahal tapi mahal hanya sebab DESIGN dan JENAMA. Seringkali saya terjumpa mereka yang tak tahu pasal laptop terutama pakcik/makcik atau sesapa pun yang tidak tahu pasal laptop, memilih laptop tersebut tanpa memikirkan kualiti dan kegunaan dan hanya memandang kepada DESIGN dan JENAMA. Jika anda hanya memilih disebabkan dua perkara ini, ANDA SUDAH BUAT PILIHAN YANG SALAH!..


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post