Bim Bum

Samsung VS Apple...
Thursday, August 30, 2012 ? 0 Komen
            Syarikat gergasi yang mengeluarkan telefon bimbit dan tablet ini terus bersaing dan "saling berbunuhan" apabila Apple berjaya dalam samannya bernilai USD 1.05 billion kerana dikatakan meniru paten ipad Apple. Samsung menerima tamparan hebat apabila kemungkinan bukan hanya dikenakan saman malah mungkin akan melibatkan sebahagian produknya di ban..alahai..apa la nasib kan samsung..Lepas tu ade pulak "rumors" di internet, Samsung membayar 1 billion dengan 30 trak duit syiling 5 sen..mak aih..boleh buat tambak tanah tu..Refer sini.
           Sebelum ini saya adalah seorang pemakai telefon bimbit sony ericson..Pertama kali saya menggunakan telefon pintar adalah tahun lepas apabila buat pertama kalinya saya membeli samsung galaxy mini. Saya amat tak suka telefon Samsung dari dulu kerana qualitinya. Tapi amat mengejutkan kerana apabila saya beli samsung, saya dapati qualiti sudah banyak diperbaiki dan melibihi nokia. Walaupun jatuh banyak kali, telefon saya masih berfungsi dengan baik. Malangnya telefon saya tu hilang dan saya telahpun bertukar ke galaxy wonder dan masih saya boleh katakan produk samsung sangat seronok digunakan. Berbanding dengan Apple, harga Apple dipasaran jauh lebih mahal menyebabkan orang yang suka gadget mcm saya terpaksa memilih produk yang mempunyai qualiti yang serupa dengan Apple tapi dalam lingkungan harga mampu milik dan Samsung ada banyak variasi produk yang berkualiti tapi harga berpatutan. Memang la dari segi mesra pengguna, Apple lagi bagus sebenarnya, tapi sebabkan den tak ada duit, jadi tak boleh buat apa la..berangan je la nampaknya.entah bila dapat bila apple..ak rasa bek aku beli "banana phone" je..huhu..



BANANA PHONE!!!!!!!lalalalalalala



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post