Bim Bum

Artis makin ramai....
Thursday, September 1, 2011 ? 0 Komen
Hari ini, makin ramai artis yang lahir dalam industri seni tanah air. Ada yang muncul secara tiba-tiba dengan hanya menyanyikan lagu di you tube..wow,peredaran zaman menunjukkan kemunculan artis ini, tidak semestinya muncul melalui uji bakat. terutama yang pasti korang kenal, ialah Najwa Latif. Kemunculannya dengan lagu carta hati dan cinta muka buku menjadi fenomena tanah air.

Najwa Latif

Artis kelahiran Batu Pahat ini masih lagi menuntut di tingkatan empat di SMK(P) Temenggong Ibrahim. Fenomena luar biasa artis perempuan yang lahir dari you tube semakin meningkat dan melalui pandangan saya ini adalah palitan dari kemunculan artis wanita yang popular iaitu Yuna. Memang ramai sebenarnya orang Malaysia yang berbakat. Suara pun sedap. Tapi apa pun dan siapa pun anda, guna kan lah kelebihan yang ada untuk kebaikan. Sampaikan la mesej dengan betul. Populariti bukan segalanya dalam dunia ini. Sebab populariti boleh menjadikan manusia lupa, boleh menjatuhkan manusia. Siapa pun di luar sana yang ingin menonjolkan bakat dan minat dalam sesuatu bidang, ingatlah, apa yang ada pada anda hanyalah pinjaman dari tuhan. Jadi jangan lah terlalu kejar kedunian sampai lupa alam yang lebih kekal menanti kita.

P/S : Jadikanlah diri anda menjadi orang yang berjaya melalui haluan yang betul. Moga keberkatan itu menjadikan kita sentiasa mendapat nikmat dan diredhai tuhan. :)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post